Petang tadi seusai berbuka puasa, saya sempat menonton berita TV satelit al-Arabiya di bilik. Berita sukan itu melaporkan tentang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 bagi peringkat benua Afrika antara Algeria dan Zambia. Apa yang ingin saya ceritakan disini ialah betapa ramainya penyokong Algeria yang memenuhi ruang stadium yang mana Algeria menjadi tuan rumah. Sebagaimana yang kita maklum majoriti penduduk Algeria beragama Islam (Zinedine Zidane yang menjadi ikon dan lagenda bola sepak juga berasal dari sini). Wartawan itu melaporkan puluhan ribu penyokong mula memasuki stadium sejam sebelum waktu berbuka sambil membawa bekalan untuk berbuka dengan tajuk " Penyokong memberi sambutan yang hebat kepada pasukan Algeria". Apabila tiba waktu berbuka, jurukamera memfokuskan ke arah orang ramai yang sedang ifthor beramai-ramai. Kemudian masing-masing menunggu perlawanan yang akan dilangsungkan lebih kurang 2-3 jam lagi. Apa yang menjadi persoalan disini ialah adakah kesemua yang ada di dalam stadium itu tidak solat maghrib? Kalau ada pun rasanya mungkin hanya sebahagian yang solat (cuba untuk husnuzzhon), kerana di dalam stadium itu mungkin disediakan ruang solat, itupun tidaklah sebesar mana. Mungkin juga mereka solat secara berjamaah di atas padang tetapi tidak dirakam oleh jurukamera. Apa-apa pun, Allah maha melihat perbuatan hamba-hambanya.
Kebetulan pada lewat malam sebelumnya, ketika pulang dari Muqattam, saya melalui kawasan souq sayyarat, iaitu tempat menjual kereta terpakai setiap hujung minggu. Dalam kawasan tersebut ada tiga buah kedai dipenuhi dengan sebahagian besarnya bangsa arab. Mereka menonton perlawanan tersebut yang ditayangkan di layar gergasi kononnya atas semangat menyokong negara Islam dan arab. Lebih menyakitkan hati sebuah kedai tersebut betul-betul terletak dihadapan sebuah masjid. Mereka langsung tidak menghormati jama'ah yang sedang beribadah dalam masjid tersebut dengan sorakan yang membingit.
Cuma apa yang dikesalkan disini ialah majoriti penyokong tersebut yang muslim langsung tidak menghormati dan menghargai bulan Ramadhan yang satu amalan dilipatgandakan pahalanya apabila dikerjakan. Sepatutnya dihidupkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan amal ibadah, bukannya menonton bola yang hukumnya harus tetapi boleh menjadi haram apabila meninggalkan solat. Lebih-lebih lagi apabila berada di penghujung Ramadhan ini.
Situasi yang sama juga bukan saja berlaku di negara tersebut, bahkan diseluruh dunia. Kalau berlaku di negara bukan Islam itu tidak hairan, yang hairannya di negara Islam termasuk Malaysia tanah airku.
Alangkah bagusnya jika semangat untuk menonton bola ini ditukar kepada semangat untuk berduyun-duyun ke masjid untuk solat. Itulah fitrah manusia, selagi ganjaran tak nampak di depan mata, selagi itu berat untuk beramal sebagai bekalan di hari perhitungan kelak. Sabda Rasulullah : صلى الله عليه وآله وسلم
((لو يعلم الناس ما فى الندأ و الصف الأول, ثم لم يجدوا إلاّ أن يستهموا عليه لاستهمواعليه, ولو يعلمون ما فى التهجير لاستبقوا إليه, ولو يعلمون ما العتمة و الصبح لأتوهما ولو حبوا))
" Jika manusia itu mengetahui apa yang terdapat (ganjaran pahala yang besar) pada azan dan menghadirkan diri pada saf pertama, kemudian tidak mendapatinya (kerana semua berebut-rebut) kecuali diadakan pengundian, nescaya mereka akan mengundi, jika manusia itu mengetahui ganjaran pahala yang besar pada menghadirkan diri pada awal waktu solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba, jika manusia itu mengetahui ganjaran pahala yang besar pada menghadirkan diri pada solat isya' dan subuh (secara jamaah di masjid), nescaya mereka akan hadir sekalipun dalam keadaan merangkak." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut memberi galakan untuk umat Islam menghadirkan diri ke masjid untuk solat jamaah. Kita sedia maklum bahawa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak bercakap berdasarkan hawa nafsu bahkan melalui wahyu dari Allah سبحانه وتعالى .
Minggu lalu terbaca di akhbar Kosmo online yang melaporkan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menawarkan hadiah wang tunai 3.67 juta dirham (RM3.6 juta) kepada juara drama televisyen Arab terbaik yang disiarkan pada bulan Ramadhan kali ini. Sangat-sangat mendukacitakan bagi sebuah negara Islam membazirkan duit ke arah yang tak sepatutnya. Jika dilihat hal yang sama juga berlaku di Mesir, tapi tidaklah dibuat pertandingan. Musalsalat Ramadhaniyah (drama-drama bersiri sempena Ramadhan) menjadi santapan wajib bagi stesyen-stesyen televisyen tempatan.
Inilah musibah yang menimpa umat akhir zaman. Umat Islam hari ini tertipu dengan keseronokan dunia yang sementara. Ini juga merupakan kerja-kerja jahat musuh-musuh Islam untuk melalaikan umat Islam dari mengerjakan solat dan beribadah kerana mereka tahu kekuatan umat Islam itu terletak pada solatnya. Mereka tak perlu untuk melancarkan peperangan ke atas umat Islam, tetapi cukup sekadar merosakkan aqidah dan minda umat Islam dari terus berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah. Hadis tersebut memberi galakan untuk umat Islam menghadirkan diri ke masjid untuk solat jamaah. Kita sedia maklum bahawa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak bercakap berdasarkan hawa nafsu bahkan melalui wahyu dari Allah سبحانه وتعالى .
Minggu lalu terbaca di akhbar Kosmo online yang melaporkan kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menawarkan hadiah wang tunai 3.67 juta dirham (RM3.6 juta) kepada juara drama televisyen Arab terbaik yang disiarkan pada bulan Ramadhan kali ini. Sangat-sangat mendukacitakan bagi sebuah negara Islam membazirkan duit ke arah yang tak sepatutnya. Jika dilihat hal yang sama juga berlaku di Mesir, tapi tidaklah dibuat pertandingan. Musalsalat Ramadhaniyah (drama-drama bersiri sempena Ramadhan) menjadi santapan wajib bagi stesyen-stesyen televisyen tempatan.
Pesanan Habibuna wa Syafi'una صلى الله عليه وآله وسلم tidak harus dilupakan iaitu selagi kita berpegang dengan al-Quran as-Sunnah, selagi itu kita akan selamat dunia dan akhirat.
Islam itu indah apabila diamalkan.
0 kritikan / cadangan:
Post a Comment